Friday, January 21, 2011

mutu sukan negara semakin metosot . bincangkan

Soalan: Mutu sukan negara semakin merosot. Bincangkan.
  
     Dalam era globalisasi ini kata pepatah “tak sungguh tak melata , tak sungguh orang tak kata” masih sinonim dengan kejayaan yang ditempa ini sewajarnya menjadi inspirasi dalam memburu kejayaan . Isu atau topik tentang mutu sukan negara semakin meningkat sering hangat diperkatakan oleh seluruh warga Malaysia terutamanya selepas kejayaan Malaysia menjadi juara dalam piala AFF Suzuki mengalahkan Indonesia dengan jaringan empat gol berbalas dua gol . Tidak salah jika dikatakan bahawa isu peningkatan mutu sukan negara ini begitu penting untuk dilihat secara lebih terbuka dan rasional akan implikasinya yang mampu malahirkan obligasi khasnya kepada seluruh warga Malaysia.

     Selain itu, banyak negara jiran dan rakyat tempatan yang tertanya-tanyakan resipi bagaimana Malaysia mampu meletakkan mutu sukannya di peringkat Antarabangsa walhal Malaysia bukannya sebuah negara yang mempunyai populasi penduduk yang banyak dan Malaysia bukannya sebuah negara yang kaya berbanding dengan negara-negara di Eropah dan Amerika. Jika dikatakan mutu sukan Negara semakin merosot itu sememangnya tidak betul dan bohang yang sengaja dilontarkan oleh anasir-anasir luar untuk melemahkan semangat yang sedang membara dalam setiap jiwa dan raga pemain-pemain,atlet-atlet dan rakyat tempatan. Faktor peningkatan mutu sukan bukan sahaja terletak kepada pemain tetapi jurulatih juga turut membantu.

     Untuk memajukan sesuatu bidang sukan, faktor jurulatih perlu dipandang dengan lebih serius dan dengan minda yang lebih terbuka dan rasional. Hal ini demikian kerana jurulatih memainkan peranan yang penting dalam membimbing anak buahnya. Pemilihan jurulatih juga amat penting. Jurulatih juga merupakan tulang belakang dalam satu organisasi atau pasukan. Sama ada jurulatih asing atau tempatan bukanlah persoalan utama. Perkara yang paling penting ialah keupayaan jurulatih itu untuk meningkatkan prestasi pemain-pemain dan atlet. Jurulatih yang berpengalaman dan berkaliber dapat membentuk serta membimbing seseorang atlet dan pemain-pemain supaya prestasinya mencapai tujuan tersebut dan jurulatih juga perlu dijadikan role model.

     “Disiplin Teras Kejayaan” ialah rangkuman konsep yang menyatakan suatu sistem tatacara  mengurus diri dan pasukan yang betul pasti menatijahkan kejayaan dalam setiap urusan dan tindak-tanduk diri pemain-pemain dan pesukan. Justeru , disiplin menjadi juru pandu untuk sebuah pasukan untuk memperoleh kejayaan. Ingatlah tiada tonik lain yang mujarab boleh membantu sebuah pasukan untuk mencapai matlamatnya. Disiplin bukan sahaja harus ada ketika sesi latihan tetapi disiplin juga harus diterapkan dalam kehidupan seharian. Tanpa disiplin sudah tentu seorang atlet dan pasukan itu tidak dapat meralisasikan impian untuk berjaya hingga ke menara gading. Selain itu, kerjasama dalam satu pasukan juga tidak akan terjalin dan pasukan itu akan terus terkubur. Oleh itu, disiplin amat dipentingkan jika hendak berjaya.
     Di samping itu, faktor peningkatan mutu sukan negara Malaysia adalah pengurusan pertubuhan sukan dan jenis permainan perlulah diserahkan kepada mereka yang mahir atau pernah berkecimpung dalam bidang tersebut. Apa gunanya jika yang menguruskannya itu seorang yang tidak berkemahiran, bukankah itu seperti mendukung biawak hidup. Penglibatan orang-orang politik dalam pertubuhan sukan perlu dikurangkan . Peribahasa “hanya jauhari yang mengenal matikam” perlu dipratikkan dalam peningkatan mutu sukan negara. Mereka yang tidak mahir juga akan menyebabkan mutu sukan menjadi labih teruk seperti tikus mambaiki labu secara tidak langsung menjatuhkan nama Malaysia di persada dunia. Secara tuntasnya, tanpa pengurusan oleh mereka yang mahir sudah pasti satu pasukan itu tidak akan melangkah jauh ke hadapan.

     Meniru merupakan satu perbuatan atau perlakuan yang tidak baik dan salah. Cuba kalau ditukarkan konsep ‘meniru’yang tidak baik dan salah itu kepada yang baik. Meniru yang baik juga sangat dituntut dalam Islam. Sebagai sebuah pasukan atau atlet, kita seharusnya menganalisis dan meniru taktik dan teknik pasukan lain supaya dapat meningkatkan mutu permainan. Tidak salah jika mengambil patinya dan membuang hampasnya. Persisnya, kita sering terkulai apabila ‘terkena’ servis kuda daripada pasukan Thailand. Selepas bertahun-tahun diabaikan oleh Thailand baru kita menerapkan servis kuda sedangkan pasukan Thailand sudah mempunyai senjata baru untuk menundukkan kita . Para pemimpin badan sukan mesti mengubah persepsi mereka dengan mengambil dan meniru teknik yang diamalkan oleh pihak lawan untuk disesuaikan dan dijadikan lebih baik untuk kemajuan sukan negara kita. Natijahnya, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

     Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu mengembleng tenaga untuk memartabatkan mutu sukan negara supaya standing dengan negara-negara lain. Pelbagai program perlu diatur dan dirancang bermula daripada akar umbi. Tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mutu sukan di negara ini akan sentiasa berada di takuk lama. Kita tidak mahu dikenali hanya sebagai penganjur sukan yang unggul tetapi kita juga mahu disanjung sebagai Negara yang mempunyai atlet dan pemain-pemain yang terbaik di dunia. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan mutu sukan negara membawa seribu rahmat dan sejuta faedah untuk rakyat dan negara Malaysia. Justeru, peningkatan mutu sukan negara merupakan satu langkah awal dalam meletakkan Malaysia sebaris dengan negara lain, bak peribahasa”duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan negara maju yang lain. 

2 comments:

  1. Nk tanya tak sungguh tak melata ke atau tak tumbuh tak melata??

    ReplyDelete
  2. Stainless steel titanium frame - Classic Art and Design in the
    Stainless steel titanium titanium money clip frame from titanium drill bits Tiangzhou (China). The Titanium Base is the core titanium muzzle brake of titanium hair trimmer the top plate. Stainless steel steel titanium belt buckle core is one of

    ReplyDelete